KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG
Kerajaan Negeri hari ini memperkenalkan beberapa kelonggaran
pada syarat-syarat berkaitan premis perniagaan dan sektor pembinaan di Pahang,
berkuatkuasa serta-merta.
1) Semua premis perniagaan dibenarkan beroperasi kecuali
yang dilarang di bawah Warta Kerajaan Persekutuan (P.U. (A) 136).
Premis perniagaan yang dimaksudkan termasuk gerai makan tepi
jalan (berbumbung), pusat penjaja, penjaja tepi jalan (sementara) dan penjaja
beredar di seluruh Pahang kecuali di kawasan/lokaliti mempunyai kes positif baharu iaitu –
i) Pekan Dong (sehingga dimaklumkan kelak).
ii) Pasaraya TF Raub (sehingga 24 Mei 2020).
iii) Pasar Mini Bentong Segar (sehingga 20 Mei 2020).
iv) Flat Benus Bentong (sehingga 24 Mei 2020).
v) Kilang Rubber Flex, Bentong (sehingga 24 Mei 2020).
vi) Pasar Mentakab (sehingga 24 Mei 2020).
Ini adalah selain daripada kawasan/lokaliti yang akan
dimaklumkan dari masa ke semasa. Maklumat berhubung kawasan/lokaliti yang mempunyai
kes positif baharu akan dikemaskini melalui laman sesawang pentadbiran SUK
Pahang.
2) Ujian saringan COVID-19 tidak perlu dilaksanakan sebelum
premis dibuka kecuali bagi pekerja warga asing terutamanya dalam sektor
pembinaan sebagaimana syarat yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN).
Saringan suhu badan pekerja hendaklah dibuat setiap hari dan
direkodkan. Hanya pekerja/peniaga yang mempunyai suhu badan tidak melebihi 37.5
darjah selsius dibenarkan berada dalam premis.
3) Waktu operasi premis perniagaan dibenarkan bermula 7 pagi
hingga 7 malam (kecuali bagi sektor yang diperincikan secara khusus).
4) Bagi sektor pembinaan, tidak perlu membuat permohonan
kebenaran melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
tetapi, pengisytiharan/akujanji perlu dilaksanakan melalui sistem CIMS CIDB.
Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
14 Mei 2020
0 comments:
Post a Comment