Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 26, 2020

JANGAN JADI AYAM JANTAN BERKOKOK BERDERAI DERAI, EKOR BERGELUMANG TAHI




Pakatan Harapan di Pahang makin terdesak melakukan perang psikologi menjelang PRK Chini tidak lama lagi. Terkini beliau mendesak Kerajaan Negeri Pahang supaya melanjutkan cukai tanah untuk 3 bulan dari 31 Mei hingga 31 Ogos bagi meringankan beban rakyat Negeri Pahang.

Gesaan ini dibuat oleh ADUN Semambu Lee Chean Chung dalam status facebook beliau bertarikh 21hb Mei 2020. Namun beliau selalu tertinggal bas dan jelas sengaja mahu mencari publisiti murahan memandangkan Kerajaan Pahang melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang ( MMK ke 20) telah membuat keputusan pada 20hb Mei 2020  telah bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah di Negeri Pahang sehingga 31hb Julai 2020.

Kenyataan beliau juga disiarkan pada 25hb Mei 2020 oleh Sinar Harian menunjukkan beliau memang gilakan publisiti kononnya dengan gesaan beliau maka Kerajaan Negeri Pahang akur untuk melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah walhal keputusan melanjutkan bayaran cukai tanah telah dibuat sebelum beliau mengeluarkan gesaan.

Lee Chean Chung perlu menggunakan taktik lain bagi mengaburi mata rakyat Pahang untuk mendapat sokongan politik dan bukan dengan cuba meraih publisiti murahan . ADUN Semambu  masih menggunakan taktik lapok dengan " claim credit" diatas hasil usaha orang lain mencerminkan ketandusan idea dan kreativiti meneruskan agenda politik Pakatan Harapan yang semakin hari di tolak oleh rakyat Negeri Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang amat prihatin dengan permasalahan rakyat yang terkesan akibak wabak Covid 19 dengan pengagihan bantuan berjumlah RM 25 juta telah diagihkan dalam pelbagai bentuk dan tidak terkecuali bagi golongan peniaga yang turut terjejas.

Menyedari kesulitan yang dihadapi maka Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang telah melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah  sehingga 31hb Mei 2020 yang sepatutnya di bayar pada 31hb Mei 2020.

Kerajaan Pahang juga telah mengumumkan pengurangan kadar cukai tanah bagi kategori industri sebanyak 80 peratus manakala bagi daerah Kecil Gebeng, kadar cukai tanah perindustrian selepas remisyen ialah RM1 berbanding RM5 semeter persegi sebelum ini manakala cukai di daerah Kecil Genting Highlands menjadi 80 sen berbanding RM4 semeter persegi sebelum ini.

Keputusan ni jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang akan sentiasa mengkaji kesesuaian dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri di mana sistem percukaian yang mampan akan menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat termasuk mesra kepada golongan peniaga kerana hasil cukai tanah akan di pulangkan kembali kepada rakyat Negeri Pahang dalam pelbagai bentuk samada kebajikan rakyat mahupun  pembangunan infrastruktur.

Wakil rakyat Pakatan Harapan Pahang cuba memainkan isu kenaikan cukai seolah olah Kerajaan Pakatan di negeri yang mereka tadbir tidak menaikkan cukai tanah.  Lebih parah kerajaan  Pakatan Harapan di Selangor telah menaikkan cukai tanah pangsapuri di Selangor diantara 500% dan 800%.

Lebih menyedihkan 20 peratus  mereka yang menghuni pangsapuri di Selangor adalah pesara kerajaan yang pada kebiasaannya membayar RM34 kini terpaksa membayar RM 292.

Bukanlah sesuatu janggal bila Kerajaan Negeri Pahang menaikkan cukai tanah terutama kepada golongan peniaga dan perindustrian memandangkan cukai tanah kawasan perniagaan dan perindustrian sudah lama tidak dinaikkan serta sesuai dengan masa. Selama ini mereka menikmati keuntungan yang berganda sedangkan Kerajaan Negeri mendapat cukai yang sangat minima.

Sekurang kurangnya Kerajaan Negeri tidak menaikkan cukai tanah yang di duduki rakyat marhaen berbanding Kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang mencekik darah rakyat marhaen.

Jadi eloklah ADUN Semambu Lee Chean Chung memberikan nasihat kepada Kerajaan Pakatan Harapan Selangor berbanding mencari publisiti murahan berkaitan kenaikan cukai di Pahang. Kata orang tua seperti ayam jantan berkokok berderai derai, ekor bergelumang tahi.Busuk..

SUMBER BLOG : P/S :kecil kecil cili pedas berapi
Anak Cili

0 comments:

share2