Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 20, 2020

PELANCONG JERMAN TERKANDAS DAPAT BANTUAN MAKANAN



JERANTUT - Nasib seorang pelancong dari Jerman yang terkandas di Taman Negara Kuala Tahan di sini mendapat perhatian daripada kerajaan Pahang.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, pelancong terbabit, Thomas Hanry, 54, tiba di Kuala Tahan pada 16 Mac lalu untuk menghabiskan masa bercuti hampir tiga minggu di sini.


Menurutnya, Thomas sepatutnya ke Thailand pada awal April lalu, namun tidak dapat ke sana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.


"Kita menyumbangkan bekalan makanan kepada Hanry dan dia sangat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dengan nasibnya.


"Kita akan pantau dia sepanjang PKP ini dan sedia membantu sekiranya Hanry memerlukan sebarang bantuan," ujarnya.


SUMBER : SINAR HARIAN

0 comments:

share2