JERANTUT - Nasib seorang pelancong dari Jerman yang
terkandas di Taman Negara Kuala Tahan di sini mendapat perhatian daripada kerajaan
Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung
(JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, pelancong terbabit, Thomas
Hanry, 54, tiba di Kuala Tahan pada 16 Mac lalu untuk menghabiskan masa bercuti
hampir tiga minggu di sini.
Menurutnya, Thomas sepatutnya ke Thailand pada awal April
lalu, namun tidak dapat ke sana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
"Kita menyumbangkan bekalan makanan kepada Hanry dan
dia sangat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan
negeri yang prihatin dengan nasibnya.
"Kita akan pantau dia sepanjang PKP ini dan sedia
membantu sekiranya Hanry memerlukan sebarang bantuan," ujarnya.
SUMBER : SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor