KUANTAN, 20 APRIL 2020: Kerajaan Negeri diseru supaya
mengambil langkah segera pasca COVID-19 dengan mengumpulkan semua kepakaran
yang boleh diperolehi untuk memberi nasihat kepada kerajaan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku
Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah bertitah, sebagai contoh dengan menubuhkan Majlis
Tindakan Ekonomi Negeri Pahang dan mengadakan perbincangan bersama pihak pemain
industri termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).
“Saya juga menyeru kepada pentadbiran Kerajaan Negeri supaya
bersedia dengan persekitaran sosio-ekonomi yang dijangkakan akan berlaku “a
new-normal” ditambah pula dengan ramalan kelembapan ekonomi global yang akan
menjejaskan negara.
“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri perlu merancang inisiatif
yang lebih menyeluruh supaya semua pihak dapat bersedia dan berikhtiar bagi
merancakkan semula aktiviti perniagaan dan pelaburan serta memastikan jentera
Kerajaan Negeri berfungsi lebih cekap dan berkesan melalui perkhidmatan yang
disediakan,” titah baginda.
Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam
Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah
melalui Sidang Video pada Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Mesyuarat
Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini
hari ini.
Baginda bertitah demikian dalam satu sidang video pada
Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan
Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Yang hadir sama, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji
Wan Rosdy Wan Ismail, YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji
Ishak Haji Muhamad, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin
Ishak dan Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Baginda berharap dengan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi
Negeri Pahang akan dapat memulihkan semula ekonomi negeri dan sumber kewangan
rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini.
Sehubungan itu, baginda berterima kasih kepada Kerajaan
Persekutuan atas kelulusan peruntukan berjumlah RM10.65 bilion bagi membiayai
projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 sejak dari tahun 2016
sehingga 2020.
Ahli Dewan Negeri
(ADN) bergambar sebelum bermula Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang
di sini hari ini.
“Dengan adanya kelulusan tersebut, rakyat dapat menikmati
pelbagai kemudahan antaranya seperti jajaran jalan raya yang sistematik melalui
Projek Central Spine Road (CSR) dan projek-projek bekalan air terawat bagi
memastikan peratus capaian air terawat dapat disalurkan 100 peratus ke segenap
penduduk negeri ini.
“Saya berharap pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 yang
sedang berjalan ini dapat diteruskan dengan jayanya dalam usaha untuk memacu
ekonomi negeri dan yang paling penting ia memberi impak positif kepada
kesejahteraan rakyat saya.
“Kerajaan saya tidak terkecuali untuk turut memperuntukkan
RM120.75 juta yang meningkat sebanyak 23 peratus daripada tahun lepas untuk
tujuan pembangunan dan saya yakin dapat merancakkan semula perkembangan ekonomi
negeri dan aliran tunai dalam pasaran setelah negara terkesan dengan wabak
COVID-19,” titah baginda
SUMBER – PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor