Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 28, 2020

PAHANG TIDAK PERNAH LANTIK INDIVIDU URUS AGIHAN BANTUAN




KUANTAN - Kerajaan Pahang tidak pernah melantik orang perseorangan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat di negeri ini.


Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, hanya Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua kampung yang dilantik kerajaan Pahang sahaja layak menguruskan urusan bantuan.


Menurutnya, justeru rakyat diminta jangan terpedaya sekiranya ada individu yang mengaku menjadi wakil kerajaan Pahang.


"Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana individu atau perseorangan bagi menguruskan bantuan.
"Jadi segala urusan bantuan, rakyat diminta untuk terus hubungi Pengerusi JKKK, Penghulu atau wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau wakil rakyat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita hari ini.


Sabtu lalu, terdapat seorang pemilik akaun Facebook mendakwa sebagai wakil dari kerajaan Pahang dan meminta orang ramai menghubunginya jika memerlukan bantuan.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Shahaniza berkata, rakyat diminta tidak memberikan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, nombor pin kad bank dan sebagainya.


Katanya, dapatkan kepastian daripada pihak yang telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan Pahang dalam urusan pengagihan bantuan.



SUMBER: SINAR HARIAN

0 comments:

share2