KUANTAN - Kerajaan Pahang tidak pernah melantik orang
perseorangan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat di negeri ini.
Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat,
Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata,
hanya Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua
kampung yang dilantik kerajaan Pahang sahaja layak menguruskan urusan bantuan.
Menurutnya, justeru rakyat diminta jangan terpedaya
sekiranya ada individu yang mengaku menjadi wakil kerajaan Pahang.
"Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana individu atau
perseorangan bagi menguruskan bantuan.
"Jadi segala urusan bantuan, rakyat diminta untuk terus
hubungi Pengerusi JKKK, Penghulu atau wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) atau wakil rakyat di kawasan masing-masing," katanya kepada
pemberita hari ini.
Sabtu lalu, terdapat seorang pemilik akaun Facebook mendakwa
sebagai wakil dari kerajaan Pahang dan meminta orang ramai menghubunginya jika
memerlukan bantuan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Shahaniza berkata,
rakyat diminta tidak memberikan maklumat peribadi seperti nombor kad
pengenalan, nombor akaun bank, nombor pin kad bank dan sebagainya.
Katanya, dapatkan kepastian daripada pihak yang telah diberi
tanggungjawab oleh kerajaan Pahang dalam urusan pengagihan bantuan.
SUMBER: SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor