Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 24, 2020

PAHANG PERUNTUK RM30 JUTA ATASI MASALAH AIR DI RAUB, LIPIS




KUANTAN - Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM30 juta dalam dua projek yang bakal dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Raub dan Lipis.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu, kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM18 juta bagi mengatasi masalah kekeruhan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) di Raub.


Bakinya adalah peruntukan daripada kerajaan negeri bagi mengatasi masalah bekalan air ketika musim panas di Lipis.


Beliau berkata, Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) sedang melaksanakan kerja berkaitan khususnya pembinaan Pre-Sedimentation Tank yang membabitkan LRA Sungai Bilut, Sungai Semantan dan Sungai Klau

Menurutnya, projek itu melibatkan kerja-kerja berkaitan khususnya pembinaan ‘Pre-Sedimentation Tank’ yang melibatkan LRA Sungai Bilut, Sungai Semantan dan Sungai Klau.
"Matlamat utama projek itu adalah untuk mengurangkan kadar kekeruhan tinggi pada sumber air mentah sebelum mengalir ke ketiga-tiga LRA tersebut.


"Ia bagi mencapai kualiti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seterusnya dapat membekalkan air bersih terawat kepada penduduk," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Wan Rosdy berkata, projek itu dijangka mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan meliputi kerja-kerja reka bentuk, perolehan dan pembinaan.


"Oleh itu, kerajaan negeri akan memastikan projek ini dapat dilaksana dan disiapkan lebih cepat bagi memastikan penduduk Raub yang terkesan dengan masalah ini dapat kembali menikmati bekalan air bersih terawat dalam tempoh lebih awal," katanya.


Mengenai projek RM12 juta di Lipis pula, beliau berkata, PAIP akan menyegerakan perlaksanaan projek perintis pembinaan ‘Off River Storage’ (ORS) atau Kolam Takungan Hiliran untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi pada musim kemarau.


"Melalui kaedah ORS ini, ia juga dapat mengurangkan kadar kekeruhan tinggi pada sumber air mentah seterusnya dapat menjimatkan kos operasi bagi kerja-kerja rawatan air di LRA," katanya.


Wan Rosdy berkata, projek itu dijangka mengambil masa 19 bulan untuk disiapkan meliputi kerja reka bentuk dan perolehan disusuli pembinaan.


“Kerajaan negeri berharap projek perintis ORS ini akan dapat menjadi antara alternatif bagi menjamin keperluan air mentah mencukupi dan tidak keruh seterusnya diproses menjadi air bersih terawat yang diperlukan oleh penduduk Pahang,” katanya.


SUMBER : SINAR HARIAN


0 comments:

share2