KUANTAN - Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM30 juta
dalam dua projek yang bakal dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah bekalan air
di Raub dan Lipis.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berkata, daripada jumlah itu, kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan
sebanyak RM18 juta bagi mengatasi masalah kekeruhan air mentah ke Loji Rawatan
Air (LRA) di Raub.
Bakinya adalah peruntukan daripada kerajaan negeri bagi
mengatasi masalah bekalan air ketika musim panas di Lipis.
Beliau berkata, Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) sedang
melaksanakan kerja berkaitan khususnya pembinaan Pre-Sedimentation Tank yang
membabitkan LRA Sungai Bilut, Sungai Semantan dan Sungai Klau
Menurutnya, projek itu melibatkan kerja-kerja berkaitan
khususnya pembinaan ‘Pre-Sedimentation Tank’ yang melibatkan LRA Sungai Bilut,
Sungai Semantan dan Sungai Klau.
"Matlamat utama projek itu adalah untuk mengurangkan
kadar kekeruhan tinggi pada sumber air mentah sebelum mengalir ke ketiga-tiga
LRA tersebut.
"Ia bagi mencapai kualiti ditetapkan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) seterusnya dapat membekalkan air bersih terawat kepada
penduduk," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Wan Rosdy berkata, projek itu dijangka mengambil masa 18
bulan untuk disiapkan meliputi kerja-kerja reka bentuk, perolehan dan
pembinaan.
"Oleh itu, kerajaan negeri akan memastikan projek ini
dapat dilaksana dan disiapkan lebih cepat bagi memastikan penduduk Raub yang
terkesan dengan masalah ini dapat kembali menikmati bekalan air bersih terawat
dalam tempoh lebih awal," katanya.
Mengenai projek RM12 juta di Lipis pula, beliau berkata,
PAIP akan menyegerakan perlaksanaan projek perintis pembinaan ‘Off River
Storage’ (ORS) atau Kolam Takungan Hiliran untuk memastikan bekalan air mentah
mencukupi pada musim kemarau.
"Melalui kaedah ORS ini, ia juga dapat mengurangkan
kadar kekeruhan tinggi pada sumber air mentah seterusnya dapat menjimatkan kos
operasi bagi kerja-kerja rawatan air di LRA," katanya.
Wan Rosdy berkata, projek itu dijangka mengambil masa 19
bulan untuk disiapkan meliputi kerja reka bentuk dan perolehan disusuli
pembinaan.
“Kerajaan negeri berharap projek perintis ORS ini akan dapat
menjadi antara alternatif bagi menjamin keperluan air mentah mencukupi dan
tidak keruh seterusnya diproses menjadi air bersih terawat yang diperlukan oleh
penduduk Pahang,” katanya.
SUMBER : SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor