Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 19, 2020

KERAJAAN NEGERI PAHANG TERUS AMBIL BERAT SITUASI PESAKIT COVID-19 WALAUPUN TELAH SEMBUH



ROMPIN, 18 APRIL 2020: Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak meninjau Penempatan Sementara Kes Sembuh COVID-19 di Hospital Muadzam Shah di sini semalam.


Hospital Muadzam Shah dipilih sebagai salah satu tempat penempatan sementara bagi mereka yang telah disahkan sembuh COVID-19.


Sempena lawatan kerja itu, taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Hospital Muadzam Shah, Dr Izra Safuan Ali Aziz.


 Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak (kanan) mengadakan perbincangan dengan pemimpin dan barisan pegawai Hospital Muadzam Shah berkenaan operasi Penempatan Sementara Kes Sembuh COVID-19.


Walaupun sudah sembuh, mereka yang ditempatkan disini perlu berlajar dan menjalani beberapa perkara ‘new normal activity’ selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.


Ada juga kes mereka ini tidak dibenarkan pulang lagi atas sebab ahli keluarga mereka masih lagi menjalani proses kuarantin di rumah.


Di hospital ini disediakan 16 katil untuk wad lelaki dan 12 katil untuk wad wanita.


 Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak (kanan) meninjau keadaan Hospital Muadzam selepas melawat Pusat Penempatan Sementara Kes Sembuh COVID-19 disana.


Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Muadzam Shah, YB Ir. Razali Kassim; ADN Bukit Ibam, YB Datin Samsiah Hj Arshad; Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim; Pegawai Daerah Rompin, Tuan Ahmad Nasim Dato’ Mohd Sidek; Pegawai Kesihatan Daerah Rompin, Dr Aznita Iryany dan Ketua Polis Daerah, DSP Azari Miskon.


Lawatan ini membuktikan Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mengambil berat dan melakukan yang terbaik bagi menangani penularan wabak COVID-19 di negeri ini. Terima Kasih YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail.




SUMBER -PAHANGMEDIA

0 comments:

share2