KUALA LUMPUR, 5 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
mendesak agar Pengurusan Tabung Haji (TH) dan TH Plantation Berhad (THP) untuk
segera membekukan program Rasionalisasi Aset TH termasuk penjualan secara
lambak ladang-ladang THP seluas 76,957 hektar atau bersamaan 76.2% dari
keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.
Tegas ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pemuda UMNO
menggesa pihak pengurusan TH dan THP agar menghormati kerajaan yang baharu
dilantik dan tidak terburu-buru ingin meneruskan sebarang penjualan yang
diluluskan oleh bekas Menteri Agama Kerajaan PH YB Datuk Dr Mujahid Yusof.
“Pembekuan ini mustahak bagi memastikan penilaian semula
dilakukan oleh Kerajaan Baharu agar kepentingan pendeposit TH dan umat Islam
umumnya mampu dipelihara dan dipertahankan,” katanya dalam kenyataan berkaitan
isu tersebut.
Jelas beliau, setakat hari ini difahamkan, pihak THP telah
memasuki Perjanjian Penjualan Saham (Share Purchase Agrement) untuk melupuskan
tiga anak syarikat THP iaitu THP-YT Sdn Bhd, Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV)
dan Maju Warisammas Shd Bhd (MW) yang melibatkan tanah perladangan seluas 9,018
hektar atau 11.8% dari jumlah keluasan yang mahu dijual dibawah program
rasionalisasi aset THP.
“Umum telah mengetahui bahawa penjualan aset-aset berharga
milik TH seperti ladang-ladang kelapa sawit dan getah milik THP dan Hotel-hotel
TH mendapat tentangan kuat daripada rakyat terutamanya pendeposit TH,” katanya
lagi.
SUMBER – UMNO Online
0 comments:
Post a Comment