Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 5, 2020

BAHAYA… OBOR-OBOR MERAH DI PANTAI LABUAN




Bermain di tepi pantai serta bermandi-manda sememangnya menjadi aktiviti paling digemari seisi keluarga mahupun bersama rakan-rakan.


Namun jika terdapat sebarang gangguan atau ancaman pasti ia sedikit sebanyak merencatkan keseronokkan itu.


Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kemunculan obor-obor biru beracun di persisiran pantai Terengganu.


Kali ini, obor-obor merah pula “menyerang” pantai Labuan.


Memetik laporan Bernama, obor-obor merah tersebut tidak membunuh namun ia dapat menyebabkan ketidakselesaan dan alahan pada kulit.


Sehubungan itu, Jabatan Perikanan menasihatkan supaya orang ramai tidak menyentuh haiwan itu walaupun ia mempunyai rupa yang unik.


Spesis ini ditemui terdampar di Pantai Mawilla yang merupakan destinasi pelancongan popular di Labuan.


Obor-obor ini juga dikenali dengan nama Sea Tomato.


Mungkin disebabkan warna dia merah macam tomato.

Manakala nama saintifik spesis ini pula ialah Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) seperti yang telah disahkan oleh Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran yang merupakan pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Disebabkan gelombang dan angin yang kuat, haiwan laut ini hanyut ke pantai hingga obor-obor ini tidak dapat berenang dengan baik.



Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.


Malah difahamkan Sea Tomato ini boleh menyengat manusia walaupun telah mati.


Jadi sangat wajar untuk semua orang mengambil langkah berhati-hati.


SUMBER : BERNAMA


0 comments:

share2