Bermain di tepi pantai serta bermandi-manda sememangnya
menjadi aktiviti paling digemari seisi keluarga mahupun bersama rakan-rakan.
Namun jika terdapat sebarang gangguan atau ancaman pasti ia
sedikit sebanyak merencatkan keseronokkan itu.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kemunculan obor-obor
biru beracun di persisiran pantai Terengganu.
Kali ini, obor-obor merah pula “menyerang” pantai Labuan.
Memetik laporan Bernama, obor-obor merah tersebut tidak
membunuh namun ia dapat menyebabkan ketidakselesaan dan alahan pada kulit.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan menasihatkan supaya orang
ramai tidak menyentuh haiwan itu walaupun ia mempunyai rupa yang unik.
Spesis ini ditemui terdampar di Pantai Mawilla yang
merupakan destinasi pelancongan popular di Labuan.
Obor-obor ini juga dikenali dengan nama Sea Tomato.
Mungkin disebabkan warna dia merah macam tomato.
Manakala nama saintifik spesis ini pula ialah Crambione
mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) seperti yang telah disahkan oleh Profesor
Madya Dr B.A. Venmathi Maran yang merupakan pakar di Institut Penyelidikan
Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Disebabkan gelombang dan angin yang kuat, haiwan laut ini
hanyut ke pantai hingga obor-obor ini tidak dapat berenang dengan baik.
Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang
yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah
selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek
berhampiran pantai.
Malah difahamkan Sea Tomato ini boleh menyengat manusia
walaupun telah mati.
Jadi sangat wajar untuk semua orang mengambil langkah
berhati-hati.
SUMBER : BERNAMA
0 comments:
Post a Comment