Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.
Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut mengangkat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini.
Perkara tersebut disiarkan di laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Berangkat sama, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Hasni menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor.
Hasni, 61, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-17 pada 14 April, 2019.
Rabu lalu, Sultan Johor bertemu dengan 54 ADUN Johor bagi mengetahui siapa pilihan mereka ekoran keluarnya Bersatu daripada Pakatan Harapan (PH) pada Isnin lalu
0 comments:
Post a Comment