Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 12, 2019

TAMBAHAN 8 MINIT WAKTU SUBUH DI PAHANG



KUANTAN - Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang memutuskan tambahan masa lapan minit bagi permulaan waktu subuh di negeri ini.


Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata, pelaksanaan perubahan itu hanya melibatkan waktu solat Subuh sahaja dan berkuatkuasa serta merta.


Menurutnya, perubahan waktu solat subuh itu membabitkan semua daerah negeri Pahang.


Melalui surat rasmi berhubung perkara itu, semua Kadi Daerah diminta memberi penerangan dan makluman di masjid dan surau di bawah pentadbiran masing-masing.



Sebelum ini, Selangor dan Wilayah Persekutuan telah melaksanakan perubahan waktu solat Subuh sepertimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116.

0 comments:

share2