Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 18, 2019

[BERITA BERGAMBAR] BANJIR SEKITAR SUNGAI PAHANG MENINGKAT






KUANTAN: 18.12.2019 : InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikemaskini sehingga jam 12 tengah hari tadi, bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,123 mangsa daripada 301 keluarga berbanding seramai 1.030 mangsa daripada 264 keluarga pagi tadi.


Semua mangsa berada di sembilan pusat pemindahan di tiga daerah terjejas, Rompin, Temerloh dan Bera.


Daerah Rompin masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 980 mangsa daripada 253 keluarga di mana tujuh PPS masih dibuka.


PPS SK Pianggu masih menempatkan 283 mangsa daripada 82 keluarga, SK Sarang Tiong (214 mangsa daripada 45 keluarga), PPS Kampung Setajam (187 mangsa daripada 51 keluarga), Balai Raya Kampung Rekoh (122 mangsa daripada33 keluarga), Bukit Serok, (92 mangsa daripada 21 keluarga), Balai Raya Kampung Denai (49 mangsa daripada13 keluarga) dan Bukit Lepas (33 mangsa daripada lapan keluarga).


Di daerah Bera, seramai 25 mangsa dari enam keluarga masih berada di PPS Balai Raya Kampung Pasal.


Sementara itu, paras air Sungai Lepas di Stesen Jambatan Gelugor di sini melepasi paras amaran apabila merekodkan bacaan 29.35 meter.


Turut melepasi paras amaran, Sungai Triang dengan bacaan 33.83 meter berbanding paras amaran, 33.80 meter sehingga jam 8 pagi tadi.


Sehingga kini, dua laluan masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu, jambatan Lubuk Batu di Rompin yang dilimpahi air sedalam 3.70 meter dan Jalan Sungai Yap- Pasir Tambang di Jerantut dengan kedalaman air 0.35 meter.


Manakala Jalan Maran – Jerantut Benta (kuil),Jalan Maran- Jerantut Benta ( simpang Liyana Tomyam), di Maran, Jalan Ulu Retang- Merting (Ladang Sawit Air Hitam) di Jerantut dan Jalan Kemayan- Tembangau di Bera ditutup kepada kenderaan ringan.




0 comments:

share2