Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 30, 2019

30 PERKAMPUNGAN ORANG ASLI BERSEDIA HADAPI MUSIM TENGKUJUH





BENTONG – Pengarah  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang  Johari Alwi berkata JAKOA menumpukan tujuh daerah membabitkan 30 perkampungan orang asli dalam persediaan musim tengkujuh.


Daerah  tersebut ialah Temerloh, Rompin, Pekan, Kuantan, Bentong, Jerantut dan Lipis melibatkan 30 buah kampung


Menurutnya, ia berdasarkan pada situasi bencana yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.
"Di peringkat negeri, kita bersedia sepenuhnya dengan tenaga kerja termasuk sukarelawan.


"Jakoa terlibat dalam penyediaan dari aspek kebajikan, bantuan keselamatan daripada pihak berkuasa dan khidmat nasihat pihak hospital untuk masyarakat orang asli," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena program Jalinan Mesra Sukarelawan Orang Asli Negeri Pahang bersama masyarakat orang asli Kampung Chinta Manis di sini hari ini.


Hadir sama batin kampung tersebut, Razak Beretong.


Dalam pada itu, Johari berkata, beliau juga menasihatkan supaya masyarakat orang asli sentiasa berhati-hati dan peka dengan sebarang perubahan cuaca di kawasan mereka selain mematuhi nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa.


"Memang ada segelintir rasa berat nak berpindah tetapi bila dipujuk mereka berikan kerjasama baik. Setakat ini tiada masalah yang berlaku di kalangan masyarakat orang asli bila berlaku bencana sebegini," katanya.



SUMBER: 

0 comments:

share2