Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 15, 2019

IGAUAN NGERI PH JADI NYATA, MUAFAKAT NASIONAL HAKIS SOKONGAN RAKYAT






Muafakat Nasional adalah igauan ngeri Pakatan Harapan (PH) yang jelas telah terhakis sokongan rakyat kerana kelemahan pentadbiran kerajaan PH, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Arman Azha Abu Hanafiah.

Katanya, secara rasmi termaktub Piagam Penyatuan Ummah diantara dua parti melayu islam terbesar dalam Malaysia dan majoriti rakyat Malaysia sememangnya menunggu amanat daripada kedua Presiden parti.

“Telah tercipta sejarah baru landskap politik tanahair yang pasti akan mengubah arah tuju negara.

“Sejarah hubungan UMNO dan PAS diasaskan oleh Almarhum Tun Razak dan Almarhum Tan Sri Mohamad Asri Muda, mungkin ramai yang tidak tahu cita-cita kesatuan ini senantiasa dekat di hati orang-orang Melayu Islam seluruh negara.

“Datuk Seri Zahid telah mengariskan Agenda Utama Piagam Penyatuan Ummah dan telah mengumumkan Muafakat Nasional bukan sahaja untuk Melayu, Bumiputera dan Islam malah adalah untuk semua Kaum serta telah menberikan isyarat jelas pada rakyat Malaysia terutama bukan Melayu dan Islam agar tidak perlu risau terhadap Muafakat Nasional UMNO dan PAS,” katanya lagi.


0 comments:

share2