Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 19, 2019

SUK PAHANG UMUM PENGISYTIHARAN PERGURNIAAN GELARAN, PANGGILAN HORMAT KERABAT






Pengisytiharan pengurniaan gelaran dan panggilan hormat bagi kerabat Diraja Pahang diputuskan pada Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang ke-112 yang bersidang pada 15 Ogos lalu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, melalui pengisytiharan itu, Sultanah Hajjah Kalsom akan dikenali dengan gelaran Cik Puan Besar Hajjah Kalsom.

Pengurniaan gelaran turut dikurniakan kepada tiga putera Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah.

Tengku Amir Nasser dikurniakan gelaran baharu Tengku Panglima Raja manakala Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah mengisi kekosongan gelaran Tengku Arif Bendahara.

Sementara itu, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah turut menerima pengurniaan gelaran baharu iaitu Tengku Panglima Muda.

Lima puteri baginda, Tengku Puteri Iman Afzan,Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Ilyana, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah akan menggunakan gelaran Tengku Puteri Raja.


0 comments:

share2