Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 19, 2019

RAKYAT DALAM BAHAYA JIKA ANWAR JADI PM, HANYA FOKUS PADA DIRI SENDIRI






Bersandarkan kepada senario yang berlaku dalam pergolakan pemimpin parti kerajaan Pakatan Harapan (PH) berebut kuasa, Pemuda UMNO Kelantan merumuskan bahawa amatlah bahaya kepada rakyat di negara ini sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai perdana menteri kelapan, tegas Ketuanya Noor Hariri Mohamed Noor.

Ini kerana tegasnya, Anwar hanya memikirkan dirinya sahaja sebagai perdana menteri dan bukan lagi fokus kepada permasalahan rakyat.

“Malahan, kalau orang nombor satu yang setia di belakangnya pun dikhianati dengan sekelip mata, apatah lagi nasib rakyat yang langsung tidak dipandang serius oleh Anwar.

“Oleh itu Pemuda UMNO Kelantan bertegas dan menyokong pernyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya mereka ini bersara daripada politik tanah air kerana rakyat telah muak dihidangkan dengan pelbagai skandal tidak bermoral ini.

“Kepada Tun Mahathir, anda bertanggungjawab untuk merombak kesemua jawatan menteri kabinet terkini dengan yang lebih ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. Kalau Tun M tidak mampu lagi, maka seelok-eloknya bubarkanlah Parlimen ini. Dan serahkan mandat kembali kepada rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Noor Hariri berkata demikian ketika mengulas mengenai amalan politik kotor PH dengan pendedahan demi pendedahan bukti-bukti memalukan skandal pemimpin-pemimpin mereka hanya disebabkan perebutan jawatan dan kuasa.

Sebagai rekod, pengesahan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengatakan bahawa video seks sejenis itu adalah tulen telah mendapat respons daripada Presiden PKR sendiri, Anwar Ibrahim yang meminta Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai menteri.

Azmin dalam kenyataan balasnya secara sinis meminta Anwar untuk cermin dirinya sendiri sebelum menuduh orang lain dan secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa keterlibatan Anwar dalam skandal tak bermoral seperti itu jelas.

Begitu juga jika dirujuk kenyataan Ketua Polis Negara pada tahun 2011 di mana video seks bersama pelacur China ‘Doll’ yang dipercayai mirip Anwar juga adalah tulen.

Justeru itu, Pemuda UMNO Kelantan amat tidak berminat dengan isu-isu skandal seks songsang dan menjijikkan yang sering melingkari parti tersebut, tetapi lebih melihat kepada amalan sikap tikam belakang yang wujud dalam PH, tegasnya sekali lagi.

“Namun kami semua melihat daripada satu sudut penting bagaimana Anwar boleh menikam belakang orang setia beliau seperti Azmin demi mencapai cita-citanya untuk menjadi perdana menteri kelapan.

“Umum mengetahui bagaimana Azmin setia di belakang Anwar walaupun menghadapi pelbagai tuduhan rasuah salahguna kuasa dan liwat yang akhirnya dijatuhkan hukuman penjara sebanyak dua kali oleh Mahkamah.

“Namun kesetiaan Azmin ini dibalas dengan saranan beliau untuk melepaskan jawatan seolah-olah hukuman telahpun dibicarakan dalam proses penghakiman,” katanya.


0 comments:

share2