Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 27, 2019

PERSATUAN GESA 20% KUOTA UNTUK KONTRAKTOR BUMI DALAM PROJEK ECRL




KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia memohon kerajaan Pakatan Harapan memberikan kuota khas sekurang-kurangnya 20% kepada kontraktor Bumiputera untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek mega Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).


Pengerusi Kehormat, Mokhtar Samad berkata ini kerana terdapat kira-kira 42,000 kontraktor Bumiputera yang berkepakaran dan berkemahiran tinggi untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek tersebut.


“Mereka ini boleh melakukan pelbagai kerja dalam projek tersebut. Apa salahnya jika 40% kuota penglibatan syarikat tempatan dalam projek ini perlu melibatkan 20% kontraktor Bumiputera? Persatuan kontraktor minta wujud kuota khas kepada kontraktor Bumiputera.


“Jika tiada kuota khas itu, saya percaya, kontraktor Bumiputera sukar bersaing atau berkongsi dengan syarikat tempatan lain. Ini permintaan logik dari persatuan, saya percaya, kerajaan baru ini lebih prihatin kepada kontraktor Bumiputera,” katanya.

SUMBER: 

0 comments:

share2