KUANTAN, 19.5.2019: Kerajaan Pahang akan mengemukakan surat
rasmi permohonan royalti minyak secara rasmi dalam masa terdekat.
Menteri Besar Dato’ Sri
Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian wang ihsan atau royalti minyak, pernah diumumkan oleh kerajaan terdahulu.
Bekas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian royalti
sebanyak RM100 juta kepada kerajaan negeri.
Kerajaan diminta pertimbang bayaran royalti minyak Pahang,
namun menyerahkan kepada kerajaan Persekutuan dalam menentukan nilai yang
hendak diberikan.
"Jadi, hari ini saya membangkitkan semula soal
pembayaran royalti ini supaya dapat dipertimbangkan oleh kerajaan
Persekutuan," kata beliau selepas menghadiri Majlis Sentuhan
Kasih Ramadan Yayasan Petronas 2019.
Majlis anjuran Yayasan Petronas yang meraikan 161 pelajar
kurang berkemampuan daripada 24 buah sekolah sekitar daerah ini turut dihadiri
Pengurus Besar Petronas Pantai Timur Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah.
Wan Rosdy berkata pemberian wang ihsan atau royalti itu,
jika diluluskan kerajaan, dapat memanfaatkan rakyat di Pahang.
Untuk rekod, pada Oktober 2012 Dato’ Sri Najib mengumumkan
penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM
307 oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil.
Beliau dilaporkan berkata kedudukan medan minyak tersebut
terletak kira-kira 160 kilometer di luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia
bertentangan Pahang pada kedalaman air 76 meter.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu berkata Pahang
dijangka menerima wang royalti sekitar RM100 juta setahun bergantung kepada
anggaran pengeluaran.
Sumber:
0 comments:
Post a Comment