Pages

Sunday, May 19, 2019

PAHANG MOHON ROYALTI MINYAK





KUANTAN, 19.5.2019: Kerajaan Pahang akan mengemukakan surat rasmi permohonan royalti minyak secara rasmi dalam masa terdekat.


Menteri Besar Dato’  Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian wang ihsan atau royalti minyak, pernah diumumkan oleh kerajaan terdahulu. Bekas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian royalti sebanyak RM100 juta kepada kerajaan negeri.


Kerajaan diminta pertimbang bayaran royalti minyak Pahang, namun menyerahkan kepada kerajaan Persekutuan dalam menentukan nilai yang hendak diberikan.


"Jadi, hari ini saya membangkitkan semula soal pembayaran royalti ini supaya dapat dipertimbangkan oleh kerajaan Persekutuan," kata beliau selepas menghadiri Majlis Sentuhan Kasih Ramadan Yayasan Petronas 2019.


Majlis anjuran Yayasan Petronas yang meraikan 161 pelajar kurang berkemampuan daripada 24 buah sekolah sekitar daerah ini turut dihadiri Pengurus Besar Petronas Pantai Timur Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah.


Wan Rosdy berkata pemberian wang ihsan atau royalti itu, jika diluluskan kerajaan, dapat memanfaatkan rakyat di Pahang.


Untuk rekod, pada Oktober 2012 Dato’ Sri Najib mengumumkan penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307 oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil.


Beliau dilaporkan berkata kedudukan medan minyak tersebut terletak kira-kira 160 kilometer di luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang pada kedalaman air 76 meter.


Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu berkata Pahang dijangka menerima wang royalti sekitar RM100 juta setahun bergantung kepada anggaran pengeluaran.


Sumber:

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor