PEKAN. 17.5.2019:
Dalam mencari keberkatan bulan Ramadhan, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan
Exco Komunikasi Pahang Dato' Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama penduduk
Mukim Temai menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Temai,
Pekan.
Kedua pemimpim masyarakat ini turut menyampaikan sumbangan
kepada golongan asnaf dan anak yatim selepas Solat Tarawih bagi meringankan
beban mereka di bulan Ramadan yang mulia ini.
Dato Seri Najib Tun Razak turut menyampaikan biasiswa kepada 531 orang pelajar
sekolah menengah berjumlah RM300 seorang sempena majlis penyampaian biasiswa
Yayayan Pahang (YP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Dewan
Shahbandar, Bandar Chini, Pekan hari ini.
Menurut Dato Seri Najib, jika dilihat pada jumlah bantuan
yang diberikan itu tidaklah besar tetapi ia diharap dapat mengurangkan beban
yang ditanggung oleh ibu bapa terutama dari golongan kurang berkemampuan. Sebanyak
RM184,200 biasiswa sekolah menengah telah diberikan kepada pelajar seluruh
parlimen Pekan.
Tambahnya, bantuan ini juga turut diberi kepada kaum lain
bergantung kepada taraf pendapatan keluarga dan bukannya khas kepada kaum
Melayu sahaja.
“Saya juga bangga dengan komitmen tinggi Yayasan Pahang yang
terus menaja biasiswa kepada anak-anak Pahang sejak 36 tahun lalu, Tahniah juga
diucapkan kepada Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang
berjaya memacu negeri Pahang hingga berjaya meningkat hasil negeri RM 41.36
juta dalam empat bulan pertama tahun ini, sehingga mampu memberikan bantuan
Hari Raya berjumlah RM600 kepada penjawat awam di Pahang".
“Semoga pelajar sekalian akan terus berusaha dengan lebih
gigih menjadi modal insan yang cemerlang kepada agama, bangsa dan negara",
kata beliau.
0 comments:
Post a Comment