KUANTAN - Genap setahun Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menteri
Besar, Pahang berjaya meningkatkan hasil negeri sebanyak RM41 juta, iaitu RM181
juta sehingga April tahun ini berbanding RM140 juta pada 2018.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berkata jumlah tersebut dikutip menerusi hasil tanah, hutan, air dan lain-lain.
Menurutnya, dengan pelbagai usaha dan inisiatif telah
dilaksanakan oleh kerajaan BN, peningkatan itu amat memberangsangkan jika
dibandingkan pada tempoh sama, tahun lalu.
"Untuk hasil tanah pada tahun ini kita berjaya mengutip
sebanyak RM111juta berbanding RM88 juta pada tahun lepas. Manakala hasil hutan
kita meningkat RM26 juta daripada jumlah RM24 juta tahun lepas.
"Bagi hasil air pula, kita berjaya memperoleh RM855,411
berbanding tahun lepas RM382,492 dan hasil-hasil lain juga kita tingkatkan
dengan memperoleh RM29 juta tahun pada tahun ini berbanding RM24 juta pada
tahun 2018.
"Alhamdulillah dengan kerjasama pegawai kerajaan, Exco
dan syarikat milik kerajaan (GLC), kita telah mencapai peningkatan hasil yang
ketara iaitu RM41 juta dari hasil tersebut," katanya kepada media ketika
ditemui di pejabatnya di Wisma Pahang.
Wan Rosdy berkata, selepas PRU14, Kerajaan Pahang telah
melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha meningkatkan pendapatan negeri.
Menurutnya, ini termasuklah penurunan kuasa kelulusan
kebenaran pindah milik dan gadaian tanah dalam usaha memendekkan tempoh urusan.
"Menerusi pendekatan ini kelulusan Kebenaran Pindah
Milik dan Gadaian boleh dilaksana dalam tempoh satu atau dua hari saja bagi
yang melibatkan suami isteri, anak-beranak dan waris.
"Manakala bagi pindah milik dan gadaian kepada
Bumiputera ambil masa 10 hari dan dari Melayu kepada bukan Bumiputera masih
tertakluk di bawah bidang kuasa menteri besar.
"Kita juga memberi tumpuan pada tunggakan cukai kerana
saya dapati tunggakan yang tidak dikutip terlalu banyak dan ini mesti
dipertingkatkan bagi memberi keadilan kepada pemilik yang membayar,"
katanya.
0 comments:
Post a Comment