ROMPIN, 2.5.2019: Anak-anak Orang Asli perlu disemai dengan
keyakinan diri sehingga mereka berani keluar dari persekitaran hidup sekarang untuk
mencipta kejayaan lebih besar.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni
Al-Sultan Abdullah bertitah golongan
tersebut perlu tampil ke hadapan dan memberikan inspirasi kepada anak-anak
Orang Asli lain supaya lebih ramai dalam kalangan mereka yang berjaya.
Baginda menyeru kaum Orang Asli yang telah berjaya dalam
pelbagai bidang agar melibatkan diri secara aktif untuk membantu masyarakat
mereka tanpa hanya bergantung kepada kerajaan.
“Disamping itu, badan sukarela, badan amal, badan kebajikan,
pertubuhan pendidikan dan sukan juga hendaklah menganjurkan program yang
melibatkan penyertaan aktif masyarakat Orang Asli,"
Baginda bertitah ketika mencemar duli berangkat mengadakan lawatan ke daerah Rompin hari ini.
Baginda berkenan menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama
masyarakat Orang Asli di Padang Awam Kampung Bukit Serok disini dimana Baginda
turut menikmati makan tengahari bersama penduduk.
Sempena rangka lawatan ke Rompin ini, Baginda juga berkenan
merasmikan sukan rakyat, minum petang bersama penduduk dan hadir ke Majlis
Tahlil, Doa Selamat dan solat Maghrib bersama penduduk di daerah Muadzam Shah
sebelum berangkat pulang.
Hadir sama, Ahli Parlimen Rompin, Dato' Sri Hasan Arifin, Adun Tioman, Dato’ Sri
Mohd Johari Hussain, Adun Bukit Ibam, Datin Shamsiah Arshad dan Adun Muadzam Shah, Ir. Razali Kassim.
0 comments:
Post a Comment