Kuantan,
19.4.2019: Kerajaan Pahang bersetuju dengan cadangan agar Perbadanan Kemajuan
Negeri Pahang (PKNP) sebagai “One-Stop-Agency” bagi memainkan peranan mengawasi
keseluruhan aktiviti bauksit.
Menteri
Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri turut
bersetuju dengan cadangan agar sebuah Jawatankuasa Pengawasan ditubuhkan
melibatkan jabatan-jabatan persekutuan dan kerajaan negeri, yang akan turut
dianggotai oleh PKNP sendiri.
Berucap di ucapan
penagguhan, Mesyuarat Pertama, Penggal Ke 2, Dewan Negeri Pahang ke-14, Dato
Sri Wan Rosdy berkata, perkara yang dibangkit adalah soal mempercepatkan
kebenaran aktiviti-aktiviti perlombongan atau pengeluaran bauksit di Kuantan.
“Setelah
pendengaran awam mengenai Prosecur Operasi standard (SOP) bagi aktiviti
pengeluaran, pengangkutan dan pengeksportan diadakan pada 14 April lepas di
Kuantan, difahamkan bahawa maklum-maklum balas sedang diteliti oleh Kementerian
Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).”
“Hanya
setelah penelitian dan kemungkinan penambah-baikan lagi seterusnya
memuktamadkan SOP berkenaan, barulah dijangka Menteri KATS membuat pengumuman
tentang tarikh sebenar kerja-kerja pengeluaran, pengangkutan dan pengeksportan
bahan mineral berkenaan boleh dimulakan,”
kata beliau.
Dato’ Sri
Wan Rosdy berharap sebelum pengumum tersebut dibuat, para pemegang taruh,
termasuk para peneroka rancangan tanah
Felda yang tanah-tanah mereka turut terlibat dengan perlombongan bauksit dapat
bersabar sedikit masa sahaja lagi.
0 comments:
Post a Comment