Pages

Friday, April 19, 2019

P.K.N.P. SEBAGAI ‘ONE-STOP-AGENCY’ UNTUK AKTIVITI BAUKSIT: MB PAHANG




Kuantan, 19.4.2019: Kerajaan Pahang bersetuju dengan cadangan agar Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) sebagai “One-Stop-Agency” bagi memainkan peranan mengawasi keseluruhan aktiviti bauksit.


Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri turut bersetuju dengan cadangan agar sebuah Jawatankuasa Pengawasan ditubuhkan melibatkan jabatan-jabatan persekutuan dan kerajaan negeri, yang akan turut dianggotai oleh PKNP sendiri.


Berucap di ucapan penagguhan, Mesyuarat Pertama, Penggal Ke 2, Dewan Negeri Pahang ke-14, Dato Sri Wan Rosdy berkata, perkara yang dibangkit adalah soal mempercepatkan kebenaran aktiviti-aktiviti perlombongan atau pengeluaran bauksit di Kuantan.


“Setelah pendengaran awam mengenai Prosecur Operasi standard (SOP) bagi aktiviti pengeluaran, pengangkutan dan pengeksportan diadakan pada 14 April lepas di Kuantan, difahamkan bahawa maklum-maklum balas sedang diteliti oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).”


“Hanya setelah penelitian dan kemungkinan penambah-baikan lagi seterusnya memuktamadkan SOP berkenaan, barulah dijangka Menteri KATS membuat pengumuman tentang tarikh sebenar kerja-kerja pengeluaran, pengangkutan dan pengeksportan bahan mineral berkenaan boleh  dimulakan,” kata beliau.


Dato’ Sri Wan Rosdy berharap sebelum pengumum tersebut dibuat, para pemegang taruh, termasuk para peneroka rancangan tanah Felda yang tanah-tanah mereka turut terlibat dengan perlombongan bauksit dapat bersabar sedikit masa sahaja lagi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor