Kuantan, 18.4.2019: EXCO Sains, Teknologi, Teknologi Hijau,
Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato' Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff sedia mengadakan perbincangan
dengan EXCO Perumahan Pahang bagi menentukan kawasan perumahan baru terutamanya
Perumahan Makmur Pahang dilengkapi dengan infrastuktur Jalur Lebar terkini
apabila dimasuki pemilik.
Rundingan dengan pemaju perumahan juga sedia diadakan
melalui EXCO Perumahan.
Dato’ Fakhruddin berkata demikian ketika menjawab soalan
ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong (DAP)
mengenai langkah-langkah dan usaha untuk mempertingkatkan jaringan internet di
Cameron Highlands agar sejajar dengan komitmen kerajaan dalam menjayakan
industry 4.0. pada sesi soal jawab Sidang Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri
Pahang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang
Ke-14.
Menurut beliau Kerajaan Pahang telah menambah perkhidmatan
Jalur Lebar tetap di Tanah Rata dan Brincang dengan Unify 100 MBs sementara di
Kampung Raja dalam pelaksanaan dan akan dinikmati tidak lama lagi.
Jalur Lebar Mudah Alih pula di tingkatkan kepada 3G dan 4G.
Hingga kini ada 56 menara. 22 menara adalah milik SKMM. 18 menara telah
dinaiktaraf ke 3G dan 4G dan dijangka siap pada suku ke 4, 2019.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor