Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 18, 2019

PERUMAHAN MAKMUR PAHANG DIPERTIMBANGKAN DENGAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR INTERNET




Kuantan, 18.4.2019: EXCO Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato' Mohammad Fakhruddin  Mohd Ariff sedia mengadakan perbincangan dengan EXCO Perumahan Pahang bagi menentukan kawasan perumahan baru terutamanya Perumahan Makmur Pahang dilengkapi dengan infrastuktur Jalur Lebar terkini apabila dimasuki pemilik.


Rundingan dengan pemaju perumahan juga sedia diadakan melalui EXCO Perumahan.


Dato’ Fakhruddin berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong  (DAP) mengenai langkah-langkah dan usaha untuk mempertingkatkan jaringan internet di Cameron Highlands agar sejajar dengan komitmen kerajaan dalam menjayakan industry 4.0. pada sesi soal jawab Sidang Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14.


Menurut beliau Kerajaan Pahang telah menambah perkhidmatan Jalur Lebar tetap di Tanah Rata dan Brincang dengan Unify 100 MBs sementara di Kampung Raja dalam pelaksanaan dan akan dinikmati tidak lama lagi.


Jalur Lebar Mudah Alih pula di tingkatkan kepada 3G dan 4G. Hingga kini ada 56 menara. 22 menara adalah milik SKMM. 18 menara telah dinaiktaraf ke 3G dan 4G dan dijangka siap pada suku ke 4, 2019.


0 comments:

share2