Kedudukan daerah Kuantan yang berhampiran dengan Laut China Selatan menjadikan lokasi ini lebih istimewa apabila terdapatnya pantai-pantai yang indah sebagai salah satu daya tarikan perlancongan di negeri Pahang. Jika ditanya tentang tempat menarik di Kuantan, pasti ramai terkelu dan menggaru kepala untuk menjawabnya. Jom kami kongsikan 7 tempat menarik di Kuantan yang wajib anda lawati jika pergi ke ibu negeri Pahang ini.
1. Pantai Teluk Cempedak
Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai TC cukup popular dalam kalangan orang tempatan dan juga pelancong asing kerana persekitarannya dijaga dengan bersih dan air lautnya yang kebiru-biruan. Anda juga tidak perlu risau akan pilihan makanan yang terhad. Di sana, beberapa restoran makanan segera seperti McDonld’s dan KFC dapat dijumpai selain daripada kedai makanan tempatan. Gaya hidup di pantai ini boleh dikatakan dah lebih moden.
Pantai ini tidaklah terlalu besar dimana kalau anda berjalan kaki dari hujung ke hujung memakan masa hanya 20 minit sahaja. Terdapat juga gerai kraf tangan yang menjual cenderamata untuk pengunjung yang ingin membeli hadiah kepada sanak saudara apabila pulang daripada percutian ini ataupun dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Lokasi: Pantai Teluk Cempedak, 25050, Pahang, Malaysia. (Google Map)
2. Gambang Water Park
Gambang Water Park merupakan taman tema yang terletak hanya 40 kilometer dari pusat bandar Kuantan dan ia bakal menjanjikan keseronokan yang terbaik untuk pengunjung. Gambang Resort City mempunyai kawasan yang agak luas dan mempunyai dua taman tema utama iaitu Gambang Water Park dan Safari Park.
Taman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi. Di Safari Park pula merupakan taman safari untuk melihat haiwan yang berkeluasan 138 ekar. Sememangnya tidak rugi jika bercuti sambil berseronok di Gambang Water Park ini. Jangan lupa singgah ke sini sekiranya datang ke Kuantan.
Waktu operasi:
Isnin – Khamis (10.30am-6.30pm)
Jumaat – Ahad (9.30am – 6.30pm)
Selasa: Tutup
Bayaran Masuk:
Dewasa (RM19.90)
Kanak-kanak (RM12.90)
Lokasi: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang (Google Map)
3. Ana Ikan Bakar Petai
Pernahkah anda makan ikan bakar dengan petai sebelum ini? Tentu sekali tidak pernah kecuali di ANA Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur dan cawangannya. Hidangan utama yang popular di sini iaitu ikan bakar petai telah menarik minat pelbagai ras untuk merasai sendiri kelainannya. Restoran ini juga turut menyajikan santapan berasaskan makanan laut dan masakan ala Thai yang pastinya menjadi pilihan pengunjung.
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (12.30am – 12.00am)
Lokasi: Kampung Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan (Google Map)
4. Air Terjun Sungai Pandan
Sekiranya anda ingin membawa keluarga mandi manda di air terjun, destinasi yang paling popular di Kuantan sudah tentulah Air Terjun Sungai Pandan atau juga dikenali dengan Air Terjun Panching. Air Terjun Sungai Pandan ada tempat khas untuk perkelahan bersama keluarga dan kawan-kawan. Air terjun ini sering menjadi pilihan utama pengunjung ketika cuti hujung minggu dan sekolah kerana air dan kawasan sekitarnya yang terpelihara kebersihan serta keselamatan juga terjamin.
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (9am-5pm)
Sabtu & Ahad (9am-6pm)
Jumaat tutup
Bayaran Masuk Air Terjun Sungai Pandan
Pelancong tempatan:
Dewasa: RM 3.00
Kanak-kanak: RM 1.00
Pelancong Asing:
Dewasa: RM 5.00
Kanak-kanak: RM 2.00
Bayaran Parking Kereta: RM 3.00
Lokasi: Air Terjun Sungai Pandan, 26400 Kuantan, Pahang, Malaysia. (Google Map)
5. Pantai Batu Hitam
Satu lagi destinasi pantai popular di Kuantan adalah Pantai Batu Hitam yang juga boleh anda lawati melalui Jalan Berserah-Gebeng. Jarak dari pusat Bandar Kuantan hanya 8-9 km sahaja. Sesuai dengan namanya, pantai yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pengunjung luar ini mendapat nama daripada batuan berwarna hitam yang terdapat di sekiling pantai ini. Seperti juga di pantai rekreasi lain sekitar Kuantan, destinasi ini tidak kurang menariknya untuk anda beriadah pada waktu petang bersama anak-anak. Batu-batuan berwarna hitam yang melatari pasir putih menjadikan pantai ini sangat unik dan sering menjadi tumpuan lensa kamera bagi penggemar seni fotografi.
Alamat: Jln. Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang, Malaysia. (Google Map)
6. Jaman Tory Resepi
Jaman Tory atau lebih mudah difahami sebagai “zaman tori” merupakan pengenalan yang merujuk kepada zaman dahulu dan pastinya masakan yang dihidangkan di restoran ini merupakan makanan masyarakat tradisional. Oleh itu, kepada pengunjung yang menggemari masakan tradisional boleh singgah ke restoran ini yang terletak di bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Masakan seperti ikan patin bakar tempoyak, daging salai, ulam-ulaman, ayam kampung, masakan tradisi negeri Pahang dan banyak lagi yang boleh dirasai apabila berkunjung ke restoran ini. Antara menu minuman popular yang disediakan di Restoran Jaman Tory Resepi ialah Bewah Cave, Green Tea Special, Green Tea, Fiat Green Float,Fiat Black Float, Fiat Kayor Float,Fiat Red Float, Kayor, Suke Soda Mango, Suke Soda, Suke Soda Cincau, Dadidum Jambu Batu Blanded, Mata Kucing, Lai Chi Kang dan Set Teh China. Di samping itu, pengunjung tidak perlu risau dengan keselesaan ketika berada di restoran ini kerana kemudahan dan kebersihan amat dititik beratkan oleh pemiliknya.
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (4.30pm-12.20am)
Lokasi: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan (Google Map)
7. Santuari Penyu Cherating
Di sini pelancong berpeluang untuk melihat pelbagai spesis penyu seperti leatherback turtle, green turtle, Hawksbill turtle dan Olive Ridley turtle. Paling menguja apabila dapat melihat anak-anak penyu yang begitu banyak di dalam kolam yang berenang-renang tidak berhenti bagaikan berudu di dalam kolam. Disini anda boleh dapat tahu mengenai kisah hidup penyu. Anda juga dapat melihat penyu dewasa dan baby penyu.
Lokasi: Santuari Penyu Cherating, KM 45 Jalan Kuantan-Kemaman, 26080, Kuantan, Pahang (Google Map)
Waktu Operasi: Selasa-Ahad 9.00 am- 5.00 pm
*musim penyu bertelur antara bulan April hingga Ogos
Harga Tiket: Percuma
Itulah dia 7 tempat menarik di Kuantan yang ingin pihak kami kongsikan pada hari ini. Semoga membantu anda merancang perjalanan bila ke sana nanti.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor