Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 10, 2019

MAHKAMAH TINGGI KUANTAN MENERIMA PERMOHONAN INJUKSI SEMENTARA PENANGGUHAN OPERASI PENGUATKUASAAN DI CAMERON HIGHLANDS





Kuantan, 10.4.2019 :  Menteri Besar Pahang Dato’ Sri  Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini, yang menerima permohonan injuksi sementara pekebun di situ untuk menangguhkan operasi penguatkuasaan di Cameron Highlands.

"Saya dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah oleh penasihat undang-undang negeri dan kerajaan negeri akur dengan keputusan itu walaupun secara peribadi saya sedih kerana niat kita adalah untuk kebaikan. Saya telah minta penasihat undang-undang untuk memfailkan rayuan esok dan kita harap kerajaan negeri akan menang dan dapat meneruskan tindakan itu,"

“Tindakan penguatkuasaan terhadap pekebun haram berhampiran Sungai Terla dan Sungai Ichat di Cameron Higlands bukan bersifat dendam politik atau perkauman,” katanya.

Menteri Besar berkata tindakan penguatkuasaan dibuat untuk kebaikan semua, khusus bagi memulihkan semula dua sungai itu yang tercemar teruk akibat penerokaan tanah di kawasan berkenaan.

"Saya bimbang berlaku kemudaratan jika air sungai itu diminum. Sebelum tindakan penguatkuasaan dilakukan, saya telah minta supaya ia dikaji terlebih dahulu dan telah memberi notis untuk mengosongkan kawasan terlibat.”

"Kita tidak tahu pun mereka yang terlibat ini kaum apa kerana perkara itu tidak pernah dilihat. Kita hanya mahu pastikan kawasan itu benar-benar ada penerokaan haram dan kegiatannya mencemarkan sungai," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Pengaturan Kendiri Prosedur Permohonan Cadangan Pemajuan Pihak Berkuasa Tempatan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad, Exco Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Pahang, Abdul Rahim Bin Muda,  dan Setiusaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak.Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Abd Rahim Muda dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff


Sumber:  WAWA

0 comments:

share2