Kuantan, 10.4.2019 :
Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri
akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini,
yang menerima permohonan injuksi sementara pekebun di situ untuk menangguhkan
operasi penguatkuasaan di Cameron Highlands.
"Saya dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah oleh
penasihat undang-undang negeri dan kerajaan negeri akur dengan keputusan itu
walaupun secara peribadi saya sedih kerana niat kita adalah untuk kebaikan.
Saya telah minta penasihat undang-undang untuk memfailkan rayuan esok dan kita
harap kerajaan negeri akan menang dan dapat meneruskan tindakan itu,"
“Tindakan penguatkuasaan terhadap pekebun haram berhampiran
Sungai Terla dan Sungai Ichat di Cameron Higlands bukan bersifat dendam politik
atau perkauman,” katanya.
Menteri Besar berkata tindakan penguatkuasaan dibuat untuk
kebaikan semua, khusus bagi memulihkan semula dua sungai itu yang tercemar
teruk akibat penerokaan tanah di kawasan berkenaan.
"Saya bimbang berlaku kemudaratan jika air sungai itu
diminum. Sebelum tindakan penguatkuasaan dilakukan, saya telah minta supaya ia
dikaji terlebih dahulu dan telah memberi notis untuk mengosongkan kawasan
terlibat.”
"Kita tidak tahu pun mereka yang terlibat ini kaum apa
kerana perkara itu tidak pernah dilihat. Kita hanya mahu pastikan kawasan itu
benar-benar ada penerokaan haram dan kegiatannya mencemarkan sungai,"
katanya.
Wan Rosdy berkata demikian kepada pemberita selepas
merasmikan Majlis Pra Pelancaran Pengaturan Kendiri Prosedur Permohonan
Cadangan Pemajuan Pihak Berkuasa Tempatan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Ishak
Muhammad, Exco Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Pahang, Abdul Rahim Bin Muda, dan Setiusaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr.
Sallehuddin bin Ishak.Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sallehuddin Ishak
dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Abd Rahim
Muda dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi
dan Multimedia Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff
Sumber: WAWA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor