Raub 10 April 2019 , Seramai enam individu termasuk tiga warga asing terpaksa berputih mata apabila cubaan mereka untuk melombong emas secara haram di Hutan Simpan Kekal Tersang dan Sega, Raub telah berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.
Serbuan yang telah dijalankan oleh 11 anggota Unit Penguatkuasa (UPK) Pahang Barat turut berjaya merampas peralatan dan tujuh buah jentera yang digunakan untuk membuat jalan dan membersih kawasan itu.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata selain daripada kesalahan berada dalam hutan simpan tanpa permit, individu-individu yang ditahan ini turut melakukan kesalahan meneroka hutan simpan secara haram dan menebang pokok serta membuat jalan tanpat permit.
”Kita menaha enam lelaki tiga warga tempatan dan tiga warga asing berusian 25 tahun hingga 55 tahun. Mereka yang ditahan itu mendakwa pihaknya sudah membuat permohonan permit namun ia masih belum diluluskan.
”Jadi bila belum diluluskan kita andaikan aktiviti ini dilakukan tanpa kebenaran. Kita tegaskan selagi surat kebenara atau permit tidak dikeluarkan pihak jabatan bermakna mereka tidak boleh berada dalam hutan simpan ini bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara 1984,” jelasnya.
Beliau turut memaklumkan tiga warga asing yang ditahan merupakan warganegara China dan Thailand yang ditugaskan sebagai pemandu jentera untuk membuat jalan dan membersih kawasan hutan simpat tersebut.
Kejayaan pihak JPNP ini adalah hasil daripada risikan dan juga orang awam yang telah melaporkan aktiviti tersebut kepada pihak UPK di daerah ini.
Dr. Hizamri turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan kesalahan dalam hutan simpan kekal.
0 comments:
Post a Comment