Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 5, 2019

UMNO DAN PAS UMUM KERJASAMA PENYATUAN UMMAH SECARA RASMI




Kuala Lumpur:  5.3.2019 - UMNO dan PAS hari ini mengumumkan kerjasama secara rasmi yang akan memfokuskan aspek penyatuan ummah, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.


Beliau berkata kerjasama itu bukan gabungan UMNO dan PAS sebagai parti baharu tetapi atas dasar kebersamaan terhadap isu-isu yang mempunyai asas kepada kedua-dua parti, selain tiada simbol baharu yang akan digunakan.


“UMNO dan PAS akan membawa hasil perbincangan hari ini ke peringkat rakan parti masing-masing.


“Kerjasama ini juga tidak akan meminggirkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan bersama antara beliau dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.


Sumber: 

0 comments:

share2