Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 22, 2019

SOALAN MUDAH, JAWAPAN MEREWANG-REWANG... KESIANLAH MENTERI KEWANGAN







Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng gagal menjawab dengan jelas berhubung persoalan yang dibangkitkan pada sesi soal jawab menteri pagi tadi di Dewan Rakyat berkaitan tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut beliau soalan yang dibangkitkan adalah cukup mudah namun kelihatan Guan Eng menjawabnya berpusing-pusing mencari jawapan.

“Soalan yang pertama, senang sangat soalan ‘straight forward’ berapa jumlah GST yang masih belum dibayar? Jawapan dia merewang-rewang… dia pergi cerita bayaran balik kepada individu, bayar cukai syarikat yang mungkin terlebih bayar, dia tak boleh jawab.

“Saya pun malas nak bergaduh dengan dia maknanya dia tidak menjawab soalan… yang menjadi isu menarik yang ramai ahli Parlimen teruja dan bangun apabila saya timbulkan, jadi saya tanya betul ke duit itu dah hilang? Siapa yang curi?.

“Adakah duit itu tidak hilang tapi digunakan untuk tujuan yang lain seperti perbelanjaan kerajaan, tapi beliau tidak boleh menjawab, Guan Eng menceritakan Petronas tidak berbayar dan ada satu, dua syarikat tidak berbayar, ini bukan jawapan… kita nak tahu duit itu siapa yang curi, tetapi Guan Eng tidak boleh menjawabnya,” katanya kepada UMNO-Online, di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah, tuduhan dahulu bahawa ‘GST refund dirompak’ adalah satu fitnah.

“Jadi nampak tuduhan yang dulu bahawa duit ini RM19 bilion duit GST yang telah dirompak, dicuri itu adalah satu fitnah… sepatutnya dia rasa malu dengan berbuat fitnah macam itu, ini bukan fitnah yang kecil tapi satu fitnah yang besar .

“Guan Eng sanggup memalukan Datuk Seri Najib Razak, ini bukan memalukan dalam negara malah seluruh dunia, pencuri, pencuri, pencuri dituduhnya begitu. Jadi memang kalau diikutkan apa yang patut tadi kita minta tarik balik, masa suntuk, bergaduh-gaduh penyudahnya nanti Dewan ini langsung tiada peluang untuk orang lain berbahas. Jadi saya tamatkan begitu saja dan saya kata kesianlah Menteri Kewangan,” ujarnya.


0 comments:

share2