Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 15, 2019

[KUANTAN] `RESTORAN 24 JAM TOLONGLAH JAGA KEBERSIHAN'







Satu restoran 24 jam terkenal di bandar Kuantan antara yang dikenakan kompaun kerana pelbagai kesalahan menerusi Operasi Pemeriksaan Kebersihan Premis Perniagaan Makanan yang telah diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Encik Abd Rahim bin Muda lewat petang tadi.

Sebanyak 18 kompaun terhadap premis berkenaan membabitkan jumlah sebanyak RM4,000 telah dikeluarkan kepada premis perniagaan makanan yang telah melanggar syarat yang ditetapkan contohnya kesalahan tiada kad pengendali makanan dan premis makanan yang kotor.

Pemeriksaan kebersihan premis ini telah disertai bersama YH. Dato Wan Solihi Ahli Majlis MPK, Pengarah Penguatkuasaan MPK Tuan Haji Fauzi, Pengarah Pelesenan MPK Tuan Haji Alias Sudin dan Pengarah Perkhidmatan Perbandaran En Abdul Malek serta pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang berkata operasi ini akan dilaksanakan di seluruh PBT negeri Pahang bagi memastikan kebersihan premis makanan berada ditahap yang baik.

Beliau juga menyarankan supaya semua pengusaha premis makanan di negeri Pahang perlu meningkatkan kebersihan dan memastikan pengendali makanan perlu mendapat kad pengendali makanan yang sah dibawah seliaan PBT.

"Jika kesalahan ni berulang pihak PBT tidak teragak-agak mengantung atau membatalkan lesen perniagaan premis terbabit" katanya.


0 comments:

share2