Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 27, 2019

KENYATAAN TIMBALAN KETUA MENTERI II PULAU PINANG KE ATAS YAB MENTERI BESAR PAHANG TIDAK BERASASKAN FAKTA, TIDAK BERETIKA & TIDAK PROFESSIONAL






Pemuda UMNO Negeri Pahang merujuk kepada kenyataan akhbar YB. Prof. Dr. Ramasany , Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang bertarikh 27 Mac 2019 yang menggesa YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail untuk meletak jawatan berkait dengan isu pengusiran kira-kira 60 penceroboh tanah haram di sekitar Sungai Ichat, Sekitar Kawasan REZAB TADAHAN AIR Sungai Terla, Cameron Highlands.

Pertamanya kami ingin menegaskan bahawa YB. Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang BUKAN SEORANG AHLI YANG BEHORMAT mewakili rakyat negeri ini. Meminta seorang Menteri Besar Negeri lain berhenti kerana tindakan yang diambil atas permintaan rakyat negerinya adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak professional, di sebalik perbezaan fahaman politik di antara kedua-dua belah pihak.

Tindakan Kerajaan Negeri ini mengambil kira kepentingan ramai yang mana telah disuarakan melalui beberapa siri Aduan Rakyat, terbitan Buletin Utama TV3 dan rungutan orang ramai sebelum itu.

Sumber air kegunaan sebahagian penduduk Cameron Highlands diperolehi dari Sungai Terla bukan Sungai Ichat.Namun, YB. Prof. Dr. Ramasamy sendiri mengakui kedudukan kedua-dua sungai berdekatan dan bergabung di suatu lokasi. Bukan sesuatu yang sukar untuk memahami bahawa Kawasan REZAB TADAHAN AIR bukan hanya melibatkan sebatang sungai, tetapi turut merangkumi lembangan-lembangan sungai yang berhampiran. Terutama di kawasan bergunung-ganang seperti Cameron Highlands.

YAB Menteri Besar Pahang juga telah menyatakan dengan jelas bahawa walaupun TOL telah dikeluarkan sebelum ini, penceroboh telah MELANGGAR SYARAT yang dikenakan dengan MEMBINA BANGUNAN KEKAL serta MENGGUNAKAN RACUN yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Pertanian serta MELANGGAR ZON PENAMPAN Sungai Ichat, sepanjang lokasi mereka mengusahakan tapak kebun.

Adalah tidak adil jika keistimewaan diberikan kepada 60 penceroboh sedangkan akibatnya kelak terpaksa ditanggung oleh ribuan lagi penduduk Cameron Highlands.

Untuk pengetahuan YB. Prof. Dr. Ramasamy jua, tindakan mengusir, menyita serta mencegah pencerobohan Tanah Haram di Negeri Pahang bukan hanya melibatkan 60 penceroboh di Cameron Highlands sahaja yang kebetulan berbangsa India , malah dilaksanakan di seluruh Negeri Pahang yang turut melibatkan mereka yang Berbangsa Melayu dan lain-lain.

Adalah lebih baik YB TKM II Pulau Pinang fokus kepada isu-isu pengusiran dan perobohan kampung-kampung di sekitar Pulau Pinang daripada mencampuri urusan Kerajaan Negeri Pahang. Pemilik-pemilik rumah yang diusir, kampung-kampung yang dirobohkan itu juga telah mengeluarkan perbelanjaan yang bukan sedikit untuk membina rumah dan kehidupan mereka. Sekurang-kurangnya tiada penceroboh di Cameron Highlands diheret dan digari di jalanan seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

Biarlah Anak Negeri Pahang menentukan siapa yang wajar menjadi Pemimpin Negeri ini.

Sekian. Terima Kasih

PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PAHANG.

0 comments:

share2