Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 16, 2019

KEMENANGAN BN DI SEMENYIH TIDAK JADI 'KUDIS' KEPADA PH, NAMUN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT





Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata walaupun kemenangan parti itu tidak akan menjadi ‘kudis’ kepada Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, namun ianya adalah satu kemenangan untuk rakyat.

Justeru beliau menyeru kepada pengundi di DUN Semenyih agar keluar mengundi beramai-ramai pada 2 Mac nanti dalam usaha menambah satu lagi saluran bagi mereka agar kerajaan negeri tidak memandang sepi permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.


“Walaupun tidak akan mengubah struktur kerajaan negeri dan tidak menjadi kudis kepada PH namun kepada rakyat ini adalah satu kemenangan untuk kita dapat lagi saluran bagi membolehkan wakil rakyat membawa suara dan isu –isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.

“Kita akan ajak orang dan pujuk pengundi agar beri kita peluang supaya dalam DUN nanti ia akan menjadi sebagai wakil suara rakyat. Apabila kerajaan terlalu kuat sepertimana di Selangor ini maka suara rakyat kadang-kadang diketepikan.

“Agenda politik dilebihkan daripada agenda membela rakyat dan juga yang lain-lain. Jadi adalah mustahak bagi PRK semenyih ini supaya mandat diberikan kepada BN agar kita dapat bawa suara masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai proses penamaan calon PRK DUN Semenyih, di sini, hari ini.

Mohamad seterusnya menambah calon yang diketengahkan BN, Zakaria Hanafi merupakan calon yang telah dikenalpasti dapat bersama-sama dengan masyarakat serta tidak kekok dengan penduduk setempat.

“Calon yang kita ketengahkan ini memang bersama dengan masyarakat. Kita bukannya tidak mempunyai senarai calon yang mempunyai PHD dan sebagainya, namun kita pilih calon yang amat sesuai kerana peringkat DUN ini kita mesti pilih wakil rakyat yang bersama dengan masyarakat… mereka yang boleh mengutip isu dan menyelesaikan masalah rakyat,” tambahnya lagi.


0 comments:

share2