Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 22, 2019

BN TEWAS PRU-14 KERANA FITNAH, JANJI PRU DAN PERPECAHAN MELAYU






Ahli Majis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, tiga faktor utama menjadi penyebab kepada Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Jelas beliau, tiga faktor tersebut adalah fitnah, janji pilihan raya dan juga perpecahan bangsa Melayu.

“Selama lebih 60 tahun BN memerintah, apa yang kita buat tapi kita tetap kalah. Sebab apa? Sebab tiga faktor tersebut.

“Fitnah apa… 1MDB… penyamun… perasuah cincin RM2.4 juta. Kita dah terangkan macam-macam tapi rakyat tak percaya. Hari ini kita lihat adakah betul tuduhan tu? Mereka kata kita limdungi Jho Low tapi hari ini bila mereka perintah kenapa tak tangkap.

“Datuk Seri Najib kena tuduh berpuluh tuduhan… tuduh dulu bukti tidak ada lagi. Orang sebelum tuduh mesti ada bukti. Sekarang kita biar mahkamah tentukan, tapi tak perlu tunggu mahkamah, rakyat dah nampak Najib memang difitnah sebab tu ‘malu apa bossku’,” ujar beliau ketika berceramah di PDM Sesapan Batu Minangkabau, malam tadi.

Jelas beliau, berkaitan janji pilihan raya, rakyat terpedaya dengan janji manis Pakatan Harapan (PH) tetapi kini ternyata hanya satu penipuan.
“Janji pilihan raya, janji 100 hari kalau menang tutup tol… hari ini tutup ke? Janji 100 hari janji pembohong. Ada janji yang ramai tak perasan… ‘rule of low’… ‘rule of jungle’ ada la….

“Pertama sekali apa yang terjadi? Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah, hampir 30 saksi dipanggil kes tengah berjalan… tiba-tiba kes gugur… kalau kamu tak rasuah kenapa kes gugur?.

“Siti Kassim… kes akan didakwa tapi sebab dia menari dengan peguam negara, kes digugurkan. Jadi mana ‘rule of low’,” bidas Noh.

Faktor ketiga perpecahan orang Melayu terang Noh, disebabkan perpecahan kepada beberapa kumpulan menyebabkan undi Melayu berkurangan.

“Melayu pecah lima-enam kumpulan. Ada undi UMNO… undi PAS… PH… Akhirnya kita kalah. Undi Melayu tidak solid.

“Hari ini kena betulkan keadaan ini. Alhamdulillah kerjasama dengan PAS buat kita kukuh. Bila kita bekerjasama, kemenangan boleh kita capai.

“Saya yakin, kerajaan yang tumbuh atas fitnah… atas kepura-puraan tidak akan lama. Jadi, kita kena bagi signal kepada kerajaan agar jangan tipu rakyat lagi,” katanya lagi.

**********

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/


0 comments:

share2