Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 30, 2019

TUNKU AZIZAH DIMASYURKAN SEBAGAI TENGKU AMPUAN PAHANG




PEKAN , : Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar  dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baharu.


Istiadat  dihadiri lebih 1,500 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat.


Perlantikan Tunku Azizah dan Tengku Hassanal diputuskan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang pada Selasa lepas.


Tunku Azizah yang diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang Johor Bahru, Johor merupakan Tengku Ampuan kelima dalam era moden kesultanan Pahang.


Gelaran Tengku Ampuan Pahang adalah khas untuk permaisuri kepada pemerintah atau sultan semasa yang berdarah raja seperti yang tercatat dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang.


Tengku Hassanal yang diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahanda baginda yang sebelum ini telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari lalu.



Sumber. 

0 comments:

share2