Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 8, 2019

SEMINAR BIG DATA AND ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) UCYP




Kuantan, 8.1.2019: Fakulti Industri dan Pengurusan Teknologi (FITM) di University College of Yayasan Pahang telah mengambil langkah dengan kerjasama rakan seindustri, Forest Interactive Sdn Bhd dalam mengendalikan seminar Big Data and Artificial Intelligence (AI). Seminar ini diharap dapat memupuk pendedahan tekonologi baharu di kalangan staff UCYP.


Naib Canselor UCYP, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zainuddin dalam ucapan alu-aluan berkata seminar itu membincangkan kepentingan Big Data dan AI selaras dengan keperluan Industri dan pembangunan ekonomi masa hadapan.


Kerajaan Pahang akan mendapat manfaatnya pada masa hadapan terutama dalam bidang pelancongan dan industry pertanian dengan teknologi "smart farming" dan memberi perkhidmatan lebih baik dengan teknologi AI.


University College of Yayasan Pahang dan Forest Interactive Sdn Bhd turut mengadakan perjanjian MOU selepas seminar itu.


0 comments:

share2