Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 24, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS: TOLAK DAP, TAK PERNAH PEKA, BUTA HAL EHWAL PEMBANGUNAN ORANG ASLI







Naib Presiden UMNO, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob membidas pemimpin Dap Lim Kit Siang yang sebelum ini membuat satu kenyataan ringkas melalui twitter kononnya peka dan berhasrat jika PH menang di Cameron Highland pada PRK 26hb Januari 2019 nanti akan mengusulkan supaya Orang Asli akan diberikan taraf kerakyatan penuh Malaysia.

Soalnya, apakah selama ini Kit Siang menganggap masyarakat Orang Asli ini berstatus Penduduk Tetap (PR) yang diberikan kerajaan malaysia?

Tegasnya, Orang Asli merupakan masyarakat bumiputera yang cukup istimewa malah untuk pendidikan mereka kerajaan menyediakan biasiswa penuh kepada Orang Asli yang bukan sahaja sekolah percuma tetapi mereka dibekalkan dengan pakaian lengkap persekolahan percuma dan mendapat duit poket dari kerajaan dan lain-lain keistimewaan.

“Apakah secetek itu pemikiran seorang Ahli Parlimen yang paling lama berada dalam Dewan Rakyat ini?

“Untuk pengetahuan Kit Siang, Kabinet Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mewujudkan satu Majlis Penasihat Orang Asli untuk memantau pembangunan masyarakat Orang Asli yang dipengerusikan oleh Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Wilayah(KKLW).”

Terangnya, Jawatankuasa dalam Majlis tersebut terdiri daripada Wakil-wakil Orang Asli, Persatuan Orang Asli Semenanjung, Wakil Persatuan Keusahawan Orang Asli, Wakil Profesional, Wakil Belia Orang Asli dan lain-lain malah Majlis ini merupakan badan yang bertindak bagi pihak kerajaan untuk mengkaji dan memikirkan keperluan pembangunan kepada seluruh Masyarakat Orang Asli Malaysia.

“Ketika saya menjadi Menteri di KKLW, dalam mengangkat martabat Orang Asli saya telah melantik Orang Asli pertama dalam Sejarah apabila Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di terajui oleh seorang berpangkat Ketua Pengarah dari kalangan Orang Asli iaitu Datuk Ajis Sitin yang berasal dari Cameron Highland yang ketika itu berkhidmat di Kementerian Kerjaraya.

“Pengarah Negeri seperti Pahang dan Perak dari kalangan masyarakat Orang Asli dan Negeri Johor ketika itu dalam tindakan untuk mengesahkan jawatan Pengarah juga dari kalangan Orang Asli.”


Ujarnya, ketika itu pencapaian tertinggi Orang Asli ialah berjaya melahirkan 4 orang PhD Holder dari masyarakat mereka hasil dari keistimewaan yang disediakan kerajaan BN sebelum ini dengan sasaran kerajaan ketika itu ialah untuk menghantar 15 orang pelajar dari kalangan masyarakat Orang Asli ke luar negara setiap tahun dalam pelbagai kursus dan mendapat biasiswa penuh dibawah tajaan MARA.

Dalam pada itu katanya, semasa beliau di KKLW juga, Kerajaan BN amat memberikan perhatian khususnya kepada masyarakat Orang Asli apabila dalam pelancaran Program Transformasi Luar Bandar bertemakan Membandarkan Luar Bandar yang melibatkan Orang Asli dalam lima asas utama seperti :-

1.Menyelesaikan Pengukuran Tanah Simpanan Orang Asli.

2.Membangunkan Prasarana kawasan Orang Asli.

3.Membangunkan Ekonomi Orang Asli

4.Memperkasakan Pendidikan Orang Asli

5.Melahirkan dan Membangunkan Usahawan dari kalangan Orang Asli.

“Kerajaan BN ketika itu sudah pun mempunyai pelan dan tindakan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli sedangkan Kit Siang baru mahu mencadangkan apabila berlaku Pilihanraya Kecil Cameron Highland.

“Pelbagai peruntukan pembangunan difikirkan dan diangkat oleh Majlis Penasihat Orang Asli untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum ini dan hasilnya Kerajaan BN telah meluluskan satu peruntukan yang cukup besar untuk pembangunan masyarakat Orang Asli seperti Pusat Sehenti Gua Musang RM 148 juta.

“Meluluskan satu peruntukan untuk membina sebatang jalan kritikal dari Pos Betau ke Pos Lenjang berjumlah RM 15 juta. Satu cadangan yang telah dipertimbangkan oleh Kerajaan BN juga sebuah Pusat Sehenti Cameron Highland berjumlah RM 152 juta.

“Ini merupakan perancangan dan bukti keperihatinan Kerajaan BN sebelum ini tetapi malangnya Kerajaan PH telah membatalkan dua projek yang telah diluluskan dan tidak meneruskan cadangan pembinaan Pusat Sehenti di Cameron Highland.”

Oleh itu katanya, Orang Asli perlu tahu siapa yang membantu masyarakat Orang Asli dan siapa pula yang mencantas dan membatalkan projek untuk kemajuan Orang Asli kerana Kerajaan BN sememangnya menjaga kebajikan Masyarakat Orang Asli manakala Kerajaan PH membatalkan Projek Kemajuan Orang Asli.

“Saya juga difahamkan oleh sumber yang sahih bahawa Kerajaan PH juga telah membatalkan satu dana untuk prasarana perkampungan Orang Asli bagi tahun 2019.

“Kit Siang tidak pernah tahu akan perkembangan pembangunan Orang Asli sehingga tanpa sedar beliau mengakui bahawa beliau tidak tahu menahu walau status kedudukan Orang asli jadi saya nasihatkan Orang Asli agar tidak menyokong DAP yang tidak pernah memikirkan pembangunan Orang Asli malah Kerajaan Baru ini juga yang telah membatalkan projek-projek untuk kepentingan Orang Asli.

“Akhir sekali bukti bahawa Kerajaan PH tidak langsung mempedulikan pembangunan dan masa depan Orang Asli apabila JAKOA diletakkan di bawah Menteri Perpaduan sedangkan ketika era pemerintahan BN JAKOA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.”

Tegas beliau lagi yang juga Ahli Parlimen Bera, lebih ironi lagi DAP menentang usaha BN untuk mengangkat wakil parlimen dari kalangan Orang Asli dan bakal menjadi Orang Asli Pertama dalam sejarah sebagai Ahli Parlimen yang akan membawa suara seluruh masyarakat Orang Asli didalam Dewan Rakyat apabila menang di Cameron Highland.Malangnya DAP bersungguh-sungguh mahu mengalahkan calon BN yang berasal dari masyarakat Orang Asli.

“Tolak DAP demi Orang Asli.”


0 comments:

share2