Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 15, 2019

PH AKAN TABUR JANJI BOHONG LAGI TETAPI TIADA KUASA SELESAIKAN ISU TANAH: MB PAHANG





Lipis, 15.1.2019 : “Kalau mereka (PH) berjanji untuk memberikan geran (tanah) atau meluluskan permohonan tanah dikemukakan oleh penduduk atau menyelesaikan sebarang isu membabitkan tuntutan dan cukai tanah di kawasan ini (Parlimen Cameron Highlands), ia adalah tidak betul dan satu pembohongan.”


“Semua urusan berkaitan tanah di Pahang adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan kita ada Kanun Tanah Negara yang tidak membabitkan kuasa kerajaan Pusat,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Calon Barisan Nasional (BN) di Kampung Tanjung Gahai.


Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata semua hal berkaitan pindah milik dan penukaran status tanah di Pahang adalah tertakluk dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan sebarang tindakan.


Yang turut hadir calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN negeri berkata, PH akan memberikan pelbagai janji dalam tempoh kempen bagi mendapat undi dan penduduk di kawasan ini diingatkan supaya tidak termakan dengan janji yang ditabur itu.


“Ini biasalah, ketika berkempen semua nak buat janji... akhirnya, kita (BN) harap pengundi buat keputusan tepat dan tidak termakan dengan janji yang mereka (PH) buat.


“Macam kes tanah inilah juga, bagaimana mereka (PH) nak selesaikan... kalau kerajaan Pusat nak buat bangunan di Pahang pun kena dapatkan kebenaran daripada kami (kerajaan negeri), takkanlah mereka boleh selesaikan isu milikan tanah tanpa kerjasama kerajaan Pahang,” katanya.




0 comments:

share2