Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 11, 2019

KERAJAAN PH UGUT TOK BATIN CAMERON HIGHLANDS: LAPORAN POLIS DIBUAT




Cameron Highlands,  11.1.2019: Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang telah membuat satu laporan polis pada hari ini jam 6.30 petang di Balai Polis Tanah Rata, Cameron Highlands berkenaan kenyataan ugutan seorang Senator Dewan Negara pada Ketua-Ketua Orang Asli (Tok Batin) di dalam kawasan Parlimen Cameron Highlands.


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah  menyifatkan kenyataan YB Senator Bob Manolan Mohamad di Pos Betau, Jelai bahawa Ketua Kampong atau Tok Batin Masyarakat Orang Asli akan kehilangan gaji dan dibuang dari jawatan jika mereka tidak mengundi calon Kerajaan Persekutuan pada Pilihanraya Kecil Cameron Highlands merupakan suatu bentuk ugutan.


“Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul? Jangan bayar gaji dia. Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia,” katanya dalam sesi dialog dengan tok-tok Batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai.


Datuk Dr Shamsul menegaskan, ini tidak sepatutnya berlaku kerana Elaun Ketua Kampong atau pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat Asli ia mesti diberi tanpa mengira siapa yang mereka sokong.Apatah lagi jelas beliau sebagai sebuah kerajaan, Kerajaan PH memang bertanggungjawab menyediakannya kepada mereka yang berhak menerima.


“Jadi membuat ugutan begitu adalah salah sama sekali dan tidak patut dibuat. Kita harap Kerajaan PH berhenti daripada membuat ugutan kepada pengundi di sini kerana rakyat berhak mengundi siapa yang mereka inginkan”, katanya.


Beliau berkata demikian dalam Perjumpaan Bersama Kepimpinan Pusat Daerah Mengundi (PDM ) di Pejabat UMNO Cameron Highlands di Tanah Rata di sini, hari ini.

0 comments:

share2