Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 21, 2019

KERAJAAN PAHANG TARIK SEMULA “KENDERAAN TULAR”




Kuantan, 21.1.2019: Kerajaan Pahang menarik semula kenderaan pacuan empat roda milik kerajaan negeri yang digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang tular di laman sosial hari ini.


Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak berkata kenderaan itu sebenarnya dipinjamkan kepada sebuah kementerian bagi kegunaan rasmi seorang timbalan menteri.


“Walaubagaimanapun, selepas dilekatkan lambang satu parti, saya telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula serta-merta,” katanya dalam kenyataan di akaun rasmi Facebook beliau 

0 comments:

share2