Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 20, 2019

GUAN ENG TERDESAK, MANIPULASI HUTANG PAHANG JADI BAHAN KEMPEN PRK CAMERON HIGHLANDS





Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang memanipulasi isu hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Menurutnya, perkara tersebut telah pun dijelaskan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail di mana sebahagian besarnya adalah untuk kepentingan rakyat.

“Hutang itu sebahagian besarnya adalah pinjaman kita untuk bekalan air negeri Pahang. Jadi ia telah dipersetujui untuk penstrukturan semula bekalan air Pahang ini badan yang mengawal bekalan air, PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad) apabila penstrukturan air, dilupuskan hutang tersebut.

“Jadi sepatutnya perkara ini tidak ditimbulkan oleh Lim Guan Eng. Ini satu perkara saya rasa satu tindakan terdesak yang dibuat oleh Pakatan Harapan,” tegasnya kepada UMNO-Online.

Justeru itu, jika hanya disebabkan perkara sedemikian menjadi asas kepada Setiausaha Agung Dap itu mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang tidak mampu mentadbir, ia adalah satu tuduhan yang sangat tidak berasas, tambah Ketua UMNO Bahagian Maran itu lagi.

“Tengok sendirilah pembangunan walaupun kita tahu sebelum ini selama kerajaan BN menjadi kerajaan Persekutuan banyak memberi kemudahan-kemudahan kepada kerajaan negeri tapi kita jangan lupa bahawa kerajaan negeri juga banyak menyalurkan bantuan melalui peruntukan negeri.

“Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri, Bantuan Am itu adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri. Jadi, kalau nak kata kita ini miskin, tidak boleh nak menjaga kebajikan rakyat, saya kira itu adalah satu dakwaan tidak berasas sama sekali,” katanya.

Demikian juga dengan lain-lain bantuan yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri, jelas Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang itu lagi.

“Dan kita memberi kemudahan melalui Yayasan Pahang contohnya kemudahan belanja persekolahan kepada anak-anak negeri Pahang daripada sekolah rendah hinggalah ke peringkat sarjana, PhD (Ijazah Kedoktoran). Jadi, semuanya dibantu oleh kerajaan negeri Pahang.

“Begitu juga dengan banyak lagilah kita memberikan ‘one off’ geran bukan sahaja usahawan, pesakit kronik dan sebagainya dan kita memang sentiasa fokus kepada kebajikan rakyat,” ujarnya.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul itu juga, Pahang masih mempunyai punca pendapatannya sendiri dalam mengurus tadbir negeri.

“Hasil mahsul negeri Pahang ini masih banyak lagi, Pahang dari dulu memang terkenal kaya dengan hasil mahsul negerinya. Kita ada emas, perak dan sebagainya.

“Jadi InsyaAllah kita akan gunakan sumber sedia ada ini untuk membangunkan negeri Pahang,” katanya.


0 comments:

share2