Kuantan, 12.1.2019: Membalas kenyataan media oleh calon DAP bagi
PRK Cameron Highlands, M. Monagaran bahawa antara masalah utama di Cameron
Highlands adalah isu para petani yang diberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL)
dan hanya Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah ini.
Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan
balas media berkata seharusnya Manogaran ketahui bahawa perihal tanah adalah jatuh
dibawah kuasa Kerajaan Negeri seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan
Persekutuan.
“Sehingga hari ini, Lesen Pendudukan
Sementara (TOL) yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada para
petani berjumlah 24007.4 hektar atau 3.38% daripada keluasan Cameron
Highlands”.
“Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi
perkhidmatan terbaik. Perihal tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat
Tanah Dan Daerah adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.”
“Saya turut percaya, ini semua adalah
berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat di dalam Parlimen Cameron
Highlands.”
“Kerajaan Negeri Pahang tentunya memberi
bantuan sekiranya para petani menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan
selama ini pun kita bantu.”
“Nasihat saya, Encik M. Monagaran perlu
mengetahui hal ini sebelum melakukan kenyataan tersebut” kata Menteri Besar
dalam kenyatan beliau.
0 comments:
Post a Comment