Pekan,12.1.2019: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam, berkuatkuasa serta merta.
Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman
Sultan Ahmad Shah bertitah, 30 Ahli Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang
yang bermesyuarat di Kuala Lumpur, semalam bersetuju dengan sebulat suara.
“Dalam keadaan sedih dan dukacita saya dan
keluarga terima hakikat bahawa ayahanda (Sultan Ahmad Shah) tidak lagi boleh
memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah.
“Mesyuarat yang saya pengerusikan semalam
juga bersetuju dan meluluskan pindaan Bahagian 1 Perkara 9A Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Negeri Pahang untuk memberi kuasa kepada ahli majlis jumaah untuk
menurunkan takhta raja disebabkan kegeringan yang besar dan berat.
“Pindaan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Negeri Pahang ini hanya membabitkan Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang
dan tidak perlu dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),” titahnya pada
sidang media khas di Istana Abu Bakar, di Pekan, hari ini.
Sementara itu, Sultan Ahmad Shah yang juga
Sultan Pahang Kelima digelar sebagai Sultan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.
Majlis pemasyhuran itu akan diadakan pada 11
pagi Selasa ini, di Istana Abu Bakar, Pekan.
0 comments:
Post a Comment