Pages

Saturday, January 12, 2019

ENCIK M. MANOGARAN PERLU MENGETAHUI FAKTA SEBELUM MELAKUKAN KENYATAAN MENGENAI TANAH: MB PAHANG



Kuantan, 12.1.2019:  Membalas kenyataan media oleh calon DAP bagi PRK Cameron Highlands, M. Monagaran bahawa antara masalah utama di Cameron Highlands adalah isu para petani yang diberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan hanya Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah ini.


Menteri Besar Pahang,  Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan balas media berkata seharusnya Manogaran  ketahui bahawa perihal tanah adalah jatuh dibawah kuasa Kerajaan Negeri seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Sehingga hari ini, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada para petani berjumlah 24007.4 hektar atau 3.38% daripada keluasan Cameron Highlands”.


“Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik. Perihal tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Dan Daerah adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.”


“Saya turut percaya, ini semua adalah berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat di dalam Parlimen Cameron Highlands.”


“Kerajaan Negeri Pahang tentunya memberi bantuan sekiranya para petani menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan selama ini pun kita bantu.”


“Nasihat saya, Encik M. Monagaran perlu mengetahui hal ini sebelum melakukan kenyataan tersebut” kata Menteri Besar dalam kenyatan beliau.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor